05 Oktober 2010

ini hadiah Allah buatku

Assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera untuk anda semoga sentiasa dalam keberkatan Allah...
terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah blog sy ini...
blog ini memaparkan antara sejarah manusia2 terhebat disisi ALLAH ,susah payah mereka telah memartabatkan ISLAM pada hari ini...diharap anda dapat sesuatu yang berguna dengan kisah2 yang dipaparkan...
kita mulakan dengan sebuah kisah salah sebuah sejarah seorang manusia terhebat 
BAGINDA S.A.W..
Suatu ketika ,Rasulullah Mengimami solat, Bagaimanapun sepanjang menunaikan kewajipan itu pergerakan Baginda nampak begitu sukar sekali hingga menimbulkan tanda tanya dan kerisauan dikalangan para sahabat yang menjadi makmumnya, kekusyukan mereka terganggu kerana setiap kali Baginda bergerak, akan kedengaranlah bunyi menggerutup seperti sendi-sendi Banginda bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang risau melihat keadaan baginda itu terus bertanya setelah mereka selesai solat.

"Ya Rasulullah,kami perhatikan seolah-olah tuan sedang menanggung penderitaan yang amat berat sekali tuan sakitkah Ya Rasulullah??" 

"tidak Umar, Alhamdulillah aku sihat dan segar"

Umar tidak berpuas hati dengan jawapan Baginda 
"kalau sihat mengapa setiap kali tuan menggerakkan badan,kami mendengar seolah-olah sendi bergeseran ditubuhmu, kami yakin Tuan sedang sakit"


Rasulullah tetap mengatakan tidak ada apa yang perlu dirisaukan Baginda sihat. Namun setelah didesak berkali-kali. Akhirnya Rasulullah pun mengangkat jubahnya.para sahabat terkejut kerana perut Banginnda begitu kempis dan dililiti sehelai kain berisi batu-batu kerikil buat menahan rasa lapar, batu-batu itulah yang mengeluarkan bunyi mengeretap setiap kali Baginda menggerakkan tubuhnya.

"Ya Rasulullah, adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkanya buat tuan??" Umar bertanya dengan penuh belas kasihan.

"tidak sahabatku" jawab Baginda "aku tahu kamu sanggup lakukan apa saja untuk Rasulmu, Tapi apakah yang akan kujawab dihadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada Umatnya? biarlah kelaparan ini sebagai Hadiah Allah buatku agar Umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi diakhirat kelak"

Begitulah mulianya keperibadian Baginda S.A.W, sanggup bersusah untuk Umatnya
semoga kita  sayangkan Baginda seperti Baginda sayangkan kita semua..
sekian untuk kisah pertama dari saya..banyak lagi kisah menarik untuk anda disini..
harap kita dapat sesuatu darinya....
terima kasih...

                            Serban,Burdah dan Tongkat Baginda S.A.W

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JUTAWANON9