05 Oktober 2010

Ambillah aku......

Pada hari isnin Bersamaan 23 september 622 masihi, Rasulullah S.A.W bersama rombongan memasuki sebuah perkampungan bernama Quba yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kota madinah.
Unta Bagindayang dalam perjalanan hijrah dari Mekah tiba-tiba melutut berhampiran sepohon kurma
lalu disambut seorang sahabat bernama Khitum bin al-Hadm. Baginda dibawa kerumah sahabat tersebut dari Bani Amru bin Auf.
Rasulullah S.A.W. lalu Bersabda: "Sesiapa yang membina masjid Allah walau sebesar  sarang burung, Nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga"
lalu Rasulullah meletakkan seketul batu sebagai tanda arah kiblat, perbuatan Baginda itu ditiru Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar yang turut mengambil seketul batu dan meletakkan diatas batu Rasulullah.
"ini arah kiblat dan sujudlah mengikut arah batu ini" beritahu Baginda.
Rasulullah lalu memikul batu-batu kerikil sehingga tubuhnya terbongkok-bongkok. peluh membasahi tubuhnya, para sahabat yang melihat meminta kebenaran hendak mengambil batu yang diusung itu tetapi Rasulullah menyuruh mereka mengambil batu-batu kerikil yang lain Baginda terus memikulnya sehingga kearah batu penanda arah kiblat tadi,
Seorang wanita yang melihat kegigihan Baginda itu merasa kagum yang amat sangat dia tidak menyangka Baginda sanggup memikul bebanan dibelakang sehingga tubuh Baginda disaluti debu-debu dan pasir.
Setelah itu Baginda mencari sendiri tiang untuk dijadikan mimbar masjid ketika itulah Baginda terdengar satu suara tangisan, Baginda lalu menoleh kesana kemari, rupa-rupanya suara tangisan itu datangnya dari sepohon kurma tunggal yang dekat dengan Baginda,
"Ambilah aku! Ambilah aku! Aku sanggup mengabdi demi Rasulullah" beritahu pohon kurma itu.
Baginda tersenyum melihat pohon kurma itu. apabila Baginda menyentuhnya pohon kurma tersebut berkata lagi "Bertuahnya aku kerana tubuhku disentuh tangan yang mulia disisi Allah! Ambilah aku! aku ingin berkhidmat dengan Rasulullah"pinta pohon kurma tersebut
lalu Rasulullah memerintahkan pohon kurma itu ditebang, batangnya dijadikan tiang mimbar manakala pelepah dan dedaun dijadikan sebagai bumbung serta atap.
sebaik batang kurma itu dipacakkan pohon itu berkta lagi kepada baginda
"Akulah pohon paling beruntung dapat berkhidmat dengan Rasulullah! Sandarkanlah tubuhmu padaku ! aku akan segarkan dan tenangkanmu Ya Rasulullah"
pada tiang mimbar itulah baginda kerap bersandar menghilangkan penat setelah bekerja keras membina masjid tersebut.
setelah Baginda dan para sahabat bertungkus lumus, akhirnya siaplah masjid berbentuk empat segi. baginda mengambil wuduk dari sebuah telaga bernama Quba yang berada di tepi masjid. setelah itu Rasulullah mengimamkan solat berjemaah secara terbuka bersama para sahabat berkiblatkan masjid Al-Aqsa. itulah solat pertama yang baginda lakukan dalam masjid tersebut yang telahpun siap binaan asasnya.
selepas itu Baginda bersandar pada pohon kurma tadi sambil Bersabda:
"Sesiapa yang bersembahyang di masjid ini Pahalanya sama seperti mengerjakan Umrah!"
pada satu ketika dua lelaki bertengkar tentang masjid yang baru dibina itu seorang lelaki dari Bani Khudra menamakan masjid itu masjid Rasulullah. dan seorang lagi dari bani amru bin Auf bertegas ingan menamakannya masjid Quba. kedua-duanya bertegang urat tidak mahu mengaku kalah dengan pendirian masing-masing, lalu dua sahabat itu merujuk Baginda S.A.W. lalu baginda memberikan nama lain yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Didalam masjid itulah Rasulullah merancang bagaimana hendak mendirikan sebuah negara islam di madinah para sahabat ikut memberikan pandangan, ya, kekuatan perlu dibina dari segi ekonomi dan politik supaya daulah islamiah itu menjadi kenyataan. dari itu barulah islam dapat dikembangkan keseluruh tanah arab dan seterusnya kepada seluruh umat manusia. di madinah ada orang yahudi pelbagai kaum dan keturunan hidup bersama, mereka pula orang muhajirin penghijar yang baru saja menapak disitu. bagaimana mahu menyatukan semua suku keturunan dan kaum ini? Didalam masjid ini jugalah Baginda dan para sahabat berbincanh tentang hal itu sambil batang kurma tadi menjadi saksinya. 
Rasulullah dan para sahabat tidak mahu kaum Quraisy di mekah terus hidup dengan budaya jahiliyah. ahli keluarga dan jiran mereka itu perlu dibawa keluar daripada kesesatan dimasjid itu lah Baginda merancang perubahan.
Selepas membina masjid Quba , Banyaklah masjid-masjid yang dibina disekitar Madinah sehingga mencapai sembilan buah Masjid waktu itu termasuklah Masjid Nabawi.
Semasa Rasulullah Wafat, pohon kurma yang menjadi tempat mimbar Baginda bersandar, sekali lagi menangis. Sahabat-sahabat baginda bertanya
\"Wahai pohon kurma,mengapa engkau menangis"
pohon kurma itu berkata: "ketahuilah bahawa aku menangis kerana  mulai saat ini aku tidak lagi dapat merasaai kehangatan tubuh Rasulullah bersandar pada tubuhku! kerana Rasulullah aku mengabdi disini!"
 Masjid Quba

selepas kewafatan Baginda, Masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam itu dinamakan Masjid Quba sempena nama telaga tempat Baginda berwuduk Yang terletak disisi masjid itu..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JUTAWANON9